Pengurusan dan Pemuridan

Gereja adalah sekelompok orang, sebuah komuniti yang hidup dalam realiti. Oleh kerana gereja adalah sekelompok orang, maka gereja harus memiliki pengurusan yang baik. Tanpa pengurusan yang baik, sulit bagi gereja untuk bertumbuh secara berkesan dan memenuhi Amanah Agung yang diberikan oleh Yesus.

Model pengurusan apa sesuai untuk gereja? Adakah pengurusan gaya korporat, atau pengurusan gaya keluarga? Ataukah pengurusan campuran kedua-dua?

Pengurusan gaya korporat berfokus pada memaksimalkan kepentingan seluruh korporat, dan semua keputusan dipimpin oleh kepentingan korporat. Logikanya di sini adalah bahawa hanya jika kepentingan korporat dimaksimalkan, maka kepentingan semua anggota korporat, termasuk pemegang saham, pengurusan, perkerja, dan pihak-pihak berkaitan, dapat dilindungi secara adil. Hanya dengan memastikan bahawa kepentingan korporat dimaksimalkan, kita dapat mengelakkan beberapa orang merugikan kepentingan seluruh korporat demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Oleh kerana itu, dalam pengurusan korporat, kecekapan and produktiviti amat dipentingkan kalau dibantingkan dengan unsur lain untuk memaksimalkan kepentingan korporat.

Pengurusan korporat memaksimalkan keuntungan dengan berfokus pada Meritokrasi, Pragmatisme, dan Kejujuran. Kepentingan individu tidak dipertimbangkan jika membahayakan kepentingan korporat secara keseluruhan. Hanya dengan demikian korporat dapat membuat keputusan terbaik untuk memaksimalkan kepentingannya.

Tentu saja pengurusan korporat untuk memaksimalkan keuntungan sering dikritik kerana dianggap tidak personal dan juga mengeksploitasi hak asasi manusia.

Pengurusan gaya keluarga tidak seperti pengurusan gaya korporat. Keluarga berfokus pada hubungan. Keluarga juga tidak mengukur nilai individu dengan produktiviti. Keluarga juga tidak memikirkan apa yang berhasil secara praktis, kerana dalam keluarga, kucing yang tidak boleh menangkap tikus juga merupakan kucing yang baik. Dalam keluarga, kami menekankan untuk saling mengasihi satu sama lain daripada memaksimalkan produktiviti. Kita setia mengorbankan kepentingan kita sendiri untuk menjaga kepentingan anggota keluarga lainnya.

Tentu saja di bawah pengurusan gaya keluarga, pertumbuhan dan matlamat korporat sering kali menjadi omong kosong sahaja.

Jadi, adakah gereja harus mengguna pengurusan korporat, atau pengurusan gaya keluarga, atau model bercampur?

Jika kita patut mengamalkan pengurusan gaya keluarga, lalu mengapa kita menetapkan matlamat dan mengejar pertumbuhan? Bukankah kita sering membandingkan diri kita dengan denominasi lain? Kita sering berfikir bahawa denominasi lain lebih baik dari Anglican dalam semua aspek perkembangan. Bukankah kita juga sering membandingkan diri kita dengan agama lain? Kita selalu berfikir bahawa agama lain lebih baik daripada kita dalam pelayanan social. Jika kita tidak berfokus pada produktiviti, lalu mengapa kita membandingkan diri kita sendiri?

Jika kita patut mengamalkan pengurusan korporat, mengapa kita tidak pernah meninjau efektivitas tujuan kita? Mengapa kita menetapkan matlamat setiap tahun, tetapi tidak pernah secara serius menerapkannya? Mengapa pastor-pastor yang tidak efektif tidak pernah dikritik dan diminta untuk memajukan diri? Mengapa anggota yang acuh tak acuh tidak pernah dihajar dan diminta untuk bertaubat? Mengapa kepentingan peribadi lebih penting daripada kepentingan gereja? Mengapa kita tidak memaksimalkan kepentingan gereja?

Sebenarnya, ada kelebihan dan kekurangan dalam setiap model pengurusan. Model pengurusan gereja harus menggalakkan anggota untuk melayani dengan hati seorang hamba. Gereja adalah tempat untuk saling melayani. Gereja adalah tempat untuk saling memberi. Gereja adalah tempat untuk saling bekerja bersungguh-sungguh. Gereja tidak harus mementingkan sendiri sahaja, tetapi gereja juga tidak harus memiliki kucing yang malas menangkap tikus. Gereja tidak perlu memaksimalkan kepentingannya, tetapi para anggotanya juga tidak boleh menjadikan kepentingannya sendiri sebagai fokus utama, mereka harus selalu memperhatikan satu sama lain.

Bagaimana gereja dapat mencapai keadaan seperti itu? Ini semua adalah teori jikalau setiap anglota tidak bertumbuh. Agar setiap angkota dapat bertumbuh, maka setiap orang harus bertumbuh secara rohani.

Tujuan pemuridan adalah untuk menolong anda bertumbuh secara rohani. Tujuan permuridan bukan untuk membebankan awak, tetapi untuk membantu awak bertumbuh dan menjadi seorang yang boleh memajukan gereja. TIDAK ada sesiapa di gereja patut tetap terhenti. Semua anggota patut bertumbuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *