Teologi Laity dan Pemuridan (2)

Satu fenomena yang umum di gereja-gereja Anglikan adalah bahawa ramai orang tidak memiliki pengajaran dan pelatihan yang sistematis, berkesambungan dan komprehensif, dan oleh kerana itu mereka tidak memahami misi mereka. Sebahagian umat Kristian akan memisahkan anugerah Kristus yang menyelamatkan dari pengudusan, dan juga akan mengasingkan kehidupan gereja dengan kehidupan sosial, percaya bahawa gereja adalah gereja dan masyarakat adalah hal yang lain. Seorang Kristian menghabiskan lebih dari 95% waktunya di masyarakat, dan mereka adalah terang dan garam masyarakat, jika mereka tidak memahami ajaran Alkitab dan misi mereka di masyarakat, mereka tidak akan dapat memenuhi misi yang diutuskan oleh Tuhan sabagai saksi-saksi-Nya di dunia ini.

Misi umat Kristian adalah memberitakan berita keselamatan dengan hidup serupa dengan Kristus, sehingga orang-orang dapat percaya kepada Allah yang benar yang menciptakan dunia ini. Oleh kerana itu, masa yang umat Kristian berada di dalam gereja harus menjadi persiapan bagi kehidupan mereka di dalam masyarakat, sehingga mereka diperlengkapi untuk menghadapi cabaran kehidupan bermasyarakat. Misi umat Kristian terutama adalah untuk menjadi saksi bagi Allah di tengah masyarakat, dan gereja harus menjadi sumber yang terus menerus memberikan penawaran dan bantuan untuk memperlengkapi mereka.

Gereja perlu membantu umat Kristian untuk memahami bahawa mereka telah menjadi bahagian dari gereja melalui baptisan dan telah menerima sebuah misi, iaitu menjadi saksi-saksi Allah di dunia. Menjadi saksi-saksi Allah membutuhkan kehidupan yang kudus. Alkitab dengan jelas mengatakan kepada kita bahawa kerana kasih karunia Kristus yang menyelamatkan sangat besar, maka mereka yang menerimanya harus hidup kudus. Paulus berkata dalam Efesus 4:1, “Sebagaimana kamu telah dipanggil, demikianlah hendaknya kamu hidup dengan cara yang layak bagi panggilan itu.”

Meskipun kasih karunia adalah fondasi iman Kristian dan apa yang kita terima semata-mata kerana kasih karunia Allah, pengudusan adalah proses yang tidak dapat dikompromikan setelah kasih karunia. Seringkali proses pengudusan tidak disukai oleh jemaat dan dihindari oleh gereja-gereja kerana harga yang harus dikeluarkan. Jemaat akan lari dari gereja kalau pengudusan ditekankan. Para Padre juga berada di bawah tekanan, kerana kalau jemaat semakin berkurangan bererti mereka tidak ada kemampuan. Oleh kerana itu mereka mungkin mencuba untuk “menyesuaikan diri” dengan tuntutan jemaat. Para Padre sering kali terlihat seperti seorang salesman yang hanya ingin jualannya baik, dan “pelanggan” selalu benar.

Sebuah artikel di The Malaysian Insider amat menggugah fikiran. Dalam artikelnya “Apa yang Mendorong (Meningkatkan) agama Kristian di Negara Ini?” terdapat sebuah wawancara yang menanyakan tentang alasan meningkatnya jumlah orang Kristian di negara ini.  Dina Zaman mewawancarai seorang lelaki bernama Desmond Ong, yang berpendapat bahawa peningkatan jumlah orang Kristian tidak ada hubungannya dengan kepercayaan. Peningkatan ini disebabkan oleh fakta bahawa gereja-gereja berfokus pada hubungan antar manusia, menawarkan janji-janji yang baik, organisasi dukungan sosial yang baik, dan merasa nyaman seperti berbelanja di pusat perbelanjaan. Inilah kesan yang diberikan oleh agama Kristian. Meskipun Desmond tidak mewakili semua orang, namun ia cukup mewakili.

Agama Kristian perlahan-lahan turun ke titik di mana “tidak penting siapa Yesus Kristus”. Di dalam gereja, selama hubungannya baik dan semua orang bahagia, tidak masalah apa pun kebenarannya. Pengalaman penulis sendiri adalah bahawa pada dua kesempatan, kerana saya mengatakan dalam khobah Minggu bahawa orang Kristian tidak boleh bercerai, saya dihadapkan pada ketidakpuasan beberapa jemaat. Beberapa jemaat akhirnya memilih untuk pergi ke gereja lain.

Adakah gereja benar-benar sebuah tempat yang “berfokus pada hubungan antara manusia, menawarkan janji-janji yang baik, organisasi dukungan sosial yang baik, dan merasa nyaman seperti berbelanja di pusat perbelanjaan“, tetapi tidak harus mengikut Yesus? Bukankah permuridan adalah terpenting di agama Kristian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *